Blogger Widgets

ADS

28 March 2012

Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak

KLANG 28 Mac- Pasukan bola sepak SKTSA akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang pada 1 & 2 April ini di ADTEC, Shah Alam yang dikelolakan oleh SK Bukit Naga. Menurut jurulatih pasukan, En. Ibrahim bin Abdul Rahman berkata, pasukan SKTSA mempunyai peluang jika pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi di dalam setiap perlawanan. Dalam perlawanan persahabatan semalam, pasukan SKTSA berjaya menewaskan pasukan lawan. Guru Besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat dalam taklimatnya bersama pemain meminta kerjasama semua pemain supaya bermain bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat dicapai. Pemain pasukan sekolah terdiri daripada murid Tahun 5&6. Pengurus pasukan, En. Kamarul Azmie bin A Rashid dipetik sebagai berkata bahawa pemain-pemain dipilih berdasarkan beberapa kriteria penting dalam permainan bola sepak. Beliau yang berpengalaman menjadi pengurus pasukan bola sepak sekolah selama 10 tahun dan pernah membawa pasukan bola sepak SKTSA menjadi johan Kejohanan Mini Olimpik pada tahun 2005 berharap agar semua pihak termasuk ibu bapa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan sekolah supaya usaha yang dilakukan tidak sia-sia.

UTPSKTSA

Pertandingan Bicara Berirama Akhir Daerah Klang

ISNIN 26 Mac 2012- Pertandingan Bicara Berirama akhir telah berlangsung dengan jayanya di SKTSA. Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian termasuklah pasukan tuan rumah. Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh. Kamariah bt Salim turut hadir pada pertandingan itu dan menyempurnakan majlis penutup. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada sekolah yang menjuarai pertandingan iaitu SK Bukit Kuda. Terima kasih kepada semua AJK guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

21 March 2012

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon B2

Tahniah kepada adik Firdaus bin Abdul Razak atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam pertandingan tadarus Al-Quran.Semoga kejayaan ini menjadi dorongan kepada semua warga SKTSA untuk lebih maju pada masa akan datang.

08 March 2012

Selamat Bercuti!!!



Admin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SKTSA terutamanya murid-murid. SKTSA berharap agar semua murid memanfaatkan cuti pertengahan penggal ini dengan melakukan aktiviti berfaedah serta sentiasa menjaga keselamatan diri ketika di rumah ataupun di mana-mana sahaja

06 March 2012

Kursus LADAP (Headcount&TOV)




KLANG 7 MAC - SKTSA telah melaksanakan Kursus LADAP kali pertama semalam. Kursus itu dihadiri oleh semua guru. Kursus ini menekankan aspek pencapaian murid dan sistem markah SAPS. Penceramah jemputan pada kursus ini ialah Pn. Zaleha bt Abdul Razak. Beliau merupakan S/U Peperiksaan SKTSA. Guru Besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat ketika berucap, menekankan tentang perlunya semua guru untuk mahir menggunakan sistem dan perisian yang ada ketika ini supaya tidak ketinggalan zaman. Beliau juga berharap agar semua guru sentiasa menjadikan kecemerlangan sebagai asas perkhidmatan. Pada akhir kursus, majlis penyampaian sijil penghargaan telah diserahkan oleh Guru Besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat kepada penceramah, Pn. Zaleha bt Abdul Razak. 


05 March 2012

Program Mentor Mentee


KLANG 5 MAC- SKTSA telah melancarkan program mentor mentee khas untuk murid tahun 6 untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka. Majlis penyampaian mentee ini disempurnakan oleh guru besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat.Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitik beratkan pencapaian cemerlang murid-murid darisegi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semuapihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalambidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntutkita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungandengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah program ini. Semoga program ini memberi impak yang terbaik kepada semua warga SKTSA.

Tahniah !

 
KLANG 5 MAC - Salah seorang murid SKTSA telah berjaya menjadi naib johan pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Klang 2012 yang diadakan di Padang Sultan Suleiman, Klang. Nillavendran,12 telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain dalam acara lompat tinggi kategori lelaki. Pingat perak kejohanan telah disampaikan oleh guru besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat dalam majlis perhimpunan rasmi mingguan. Nillavendran telah diiringi oleh tepukan yang gemuruh daripada semua murid. Syabas dan tahniah diucapkan. Semga kejayaannya meraih pingat menjadi pembakar semangat kepada semua bakal atlit tahun hadapan.

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog