Blogger Widgets

ADS

24 February 2013

Majlis Pelancaran Program Nilam 2013

KLANG, 25 Feb-Majlis Pelancaran Program NILAM 2013 berjalan lancar di sini hari ini. Majlis itu yang saban tahun diadakan bertujuan meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Guru besar SKTSA, Haji Nor Azmi bin Rahmat telah merasmikan majlis tersebut. Dalam majlis itu juga, penyampaian watikah pelantikan untuk Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan kepada 70 orang murid yang terpilih. Watikah itu disampaikan oleh guru besar.

UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.10

02 February 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG 2013

KLANG, 2 Feb-Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan jayanya di sini hari ini. Acara yang berlangsung saban tahun itu diadakan di Dewan Budiman SKTSA. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi itu dihadiri oleh kira-kira 250 orang ibu bapa.Rata-rata ibu bapa yang ditemui berkata mereka berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai oleh pihak sekolah dan berharap agar pihak sekolah meneruskan lagi kecemerlangan pada masa depan. Majlis itu juga turut dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang iaitu Datuk Hj. Nasaruddin bin Datuk Hj Md. Zin. Selesai sahaja Majlis Anugerah Kecemerlangan, Mesyuarat PIBG diadakan di dewan yang sama. Dalam ucapannya, guru besar SKTSA menegaskan bahawa kecemerlangan sekolah adalah menjadi tanggungjawab beliau dan melihat banyak potensi di sekolah ini.Mesyuarat ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara iaitu Senator Ezam Mohd Noor. Beliau juga menyeru kepada semua pihak agar mengenepikan ideologi politik agar matlamat pendidikan tercapai demi kebaikan bersama. Setiap ibu bapa dan guru adalah tulang belakang kepada kejayaan anak-anak. Mesyuarat kali ini juga menggariskan beberapa cadangkan agar kecemerlangan sekolah menjadi agenda utama di samping cabaran yang perlu dihadapi. Dalam pemilihan barisan kepimpinan yang baharu, Tn. Haji Nor Azman telah berjaya memenangi kesusi Yang Dipertua menewaskan 2 lagi calon iaitu En. Zamri bin Manan dan En. Rajan a/l Manikesavan yang akhirnya berjaya mempertahankan kerusi Naib Yang Dipertua PIBG. Dua muka baru ditampilkan dalam barisan AJK 2013 iaitu En. Ishak danEn.Syamsul Anuar. Manakala calon YDP iaitu En. Zamri Mannan menjadi ajk setelah mendapat undi tertinggi di kalangan undian ajk. Mesyuarat kali ini juga berjalan dengan lancar tanpa mempunyai isu-isu panas.

UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.10

01 February 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

KLANG, 1 Feb-Seramai kira-kira 1200 orang murid telah menyertai kejohanan ini yang juga merupakan acara tahunan kedua terbesar selepas sukan tahunan.Pengurus Kejohanan, Kamarul Azmie A Rashid dipetik berkata kejohanan kali ini menampilkan format berbeza iaitu menampilkan peserta tahun tiga sebagai persediaan mencari bakat-bakat baharu atlet sekolah itu.Kejohanan yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berakhir jam 12.00 tengah hari.

UTPSKTSA 

Published with Blogger-droid v2.0.10

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog