Blogger Widgets

ADS

20 May 2013

Program Dermathon

Pelaksanaan Program Dermathon kini giat dilaksanakan bagi mencapai objektifnya. Setiausaha program iaitu Cik Noor Aidilfitriyatun Mohd Taib berkata, PIBG memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan pelbagai program yang telah dirancang.Di samping itu, dana yang dikumpulkan juga akan dapat meningkatkan keupayaan PIBG dalam melaksanakan program dengan berkesan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Majlis Pelancaran Program Dermathon

Majlis pelancaran program Dermathon telah diadakan di Dewan Mesra SKTSA.Program ini bertujuan mengumpul dana untuk pembangunan infrastruktur di samping pembangunan insaniah murid-murid. Puan Che Norlia bt Ismail telah menyempurnakan majlis perasmian tersebut.Pada majlis itu juga, penyampaian cenderamata Hari Guru juga diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua guru.Semua hadiah adalah sumbangan daripada Guru Besar SKTSA iaitu Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sambutan Hari Guru 2013

Sambutan Hari Guru yang diraikan saban tahun dilaksanakan dengan meriah di SKTSA.Pelbagai aturcara telah dijalankan pada hari tersebut melibatkan semua murid dan guru.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kejohanan Perahu Layar MSSS

Dua orang murid telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya merangkul tempat ketiga kumpulan dan keempat individu pada kejohanan yang berlangsung di Batu Laut. Nor Syuhada Kovo bt Mohd Yusri dan Nazrin Kovo masing-masing berjaya mengharungi cabaran dan memperoleh kejayaan cemerlang

Published with Blogger-droid v2.0.10

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog