Blogger Widgets

ADS

28 January 2014

Majlis Perpisahan

Sebuah majlis perpisahan telah dilangsungkan untuk meraikan 2 orang guru yang bertukar iaitu Pn.Noraisah bt Mayar yang akan berkhidmat di SK Pulau Indah 1 sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum manakala Pn. Hajah Maizatul Arniza akan bertukar ke SK Bukit Rimau sebagai Guru Pra Sekolah.Dalam ucapannya,guru besar SKTSA iaitu Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat mengucapkan tahniah kepada guru yang diraikan serta berpesan supaya meneruskan kecemerlangan walau di mana-mana berada.Jasa guru-guru berkenaan akan tetap segar diingatan seluruh warga guru,murid dan ibu bapa

24 January 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKTSA 2014

Kejohanan Merentas Desa 2014 telah berlangsung dengan jayanya hari ini apabila semua murid Tahap 2 menyertainya.Kejohanan itu yang dirasmikan Guru Besar SKTSA iaitu Tn.Hj. Nor Azmi bin Rahmat bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh.Para ibu bapa juga turut sama memeriahkan kejohanan itu dan memberikan sepenuh sokongan kepada anak-anak yang menyertainya.Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh AJK pelaksana kejohanan yang begitu komited dalam menjalankan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak jasmani dan mental murid

23 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di SKTSA dengan jayanya.Majlis ini disertai oleh semua murid beragama Islam manakala murid bukan Islam menjalani aktiviti kerohanian dan pembentukan nilai murni.Program yang diatur dan diselaras ini dilaksanakan setiap tahun oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral dalam merealisasikan hasrat KPM iaitu melahirkan modal insan yang berakhlak mulia

22 January 2014

Latihan Merentas Desa 2014

Semua murid Tahap Dua menyertai latihan merentas desa yang dianjurkan Unit Kokurikulum dan Unit Sukan SKTSA pada 22 dan 23 Januari bagi persediaan Kejohanan Merentas Desa SKTSA 2014

12 January 2014

WATIKAH PENGAWAS 2014

Seramai 150 orang pengawas telah menerima watikah pengawas sesi 2014.Watikah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Haji Nor Azmi bin Rahmat

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog