Alhamdulillah pada malam ini penyerahan watikah pelantikan kepada AJK PIBG yang baru. Semoga AJK pada tahun ini lebih cemerlang.
Mesyuarat Penyelarasan MSSD Klang
Program Motivasi Tahun 6
How to add Google Buzz to Blogspot blog
Latihan Merentas Desa SKTSA
Mesyuarat Penyelarasan Olahraga MSSD Klang
Terima Kasih kepada semua yang hadir....read more
Program Motivasi Tahun 6
Program diadakan di Dewan Budiman...read more
How to add Google Buzz to Blogspot blog
Description goes here, this is just a test description....read more
Latihan Merentas Desa SKTSA
Latihan ini bertujuan memperkenalkan laluan trek merentas desa SKTSA....read more
10 March 2014
28 January 2014
Majlis Perpisahan
Sebuah majlis perpisahan telah dilangsungkan untuk meraikan 2 orang guru yang bertukar iaitu Pn.Noraisah bt Mayar yang akan berkhidmat di SK Pulau Indah 1 sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum manakala Pn. Hajah Maizatul Arniza akan bertukar ke SK Bukit Rimau sebagai Guru Pra Sekolah.Dalam ucapannya,guru besar SKTSA iaitu Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat mengucapkan tahniah kepada guru yang diraikan serta berpesan supaya meneruskan kecemerlangan walau di mana-mana berada.Jasa guru-guru berkenaan akan tetap segar diingatan seluruh warga guru,murid dan ibu bapa
24 January 2014
KEJOHANAN MERENTAS DESA SKTSA 2014
Kejohanan Merentas Desa 2014 telah berlangsung dengan jayanya hari ini apabila semua murid Tahap 2 menyertainya.Kejohanan itu yang dirasmikan Guru Besar SKTSA iaitu Tn.Hj. Nor Azmi bin Rahmat bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh.Para ibu bapa juga turut sama memeriahkan kejohanan itu dan memberikan sepenuh sokongan kepada anak-anak yang menyertainya.Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh AJK pelaksana kejohanan yang begitu komited dalam menjalankan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak jasmani dan mental murid
23 January 2014
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di SKTSA dengan jayanya.Majlis ini disertai oleh semua murid beragama Islam manakala murid bukan Islam menjalani aktiviti kerohanian dan pembentukan nilai murni.Program yang diatur dan diselaras ini dilaksanakan setiap tahun oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral dalam merealisasikan hasrat KPM iaitu melahirkan modal insan yang berakhlak mulia
22 January 2014
Latihan Merentas Desa 2014
Semua murid Tahap Dua menyertai latihan merentas desa yang dianjurkan Unit Kokurikulum dan Unit Sukan SKTSA pada 22 dan 23 Januari bagi persediaan Kejohanan Merentas Desa SKTSA 2014
12 January 2014
WATIKAH PENGAWAS 2014
Seramai 150 orang pengawas telah menerima watikah pengawas sesi 2014.Watikah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Haji Nor Azmi bin Rahmat
13 November 2013
Keputusan UPSR 2013
SYUKUR ALHAMDULILLAH DAN SETINGGI2 TAHNIAH !!!!
RESULT UPSR MENINGKAT
GPS : 1.94 (meningkat)
5A : 52 org (meningkat)
% lulus : 77.56 (meningkat)
BM F : 95.8% , A= 207 (66.3%)
BM T : 95.5% , A=229 (73.4%)
BI : 85.6%, A= 98 (31.4%)
MT : 86.5%, A= 123 (39.4%)
SN : 89.7%, A= 73 (23.4%)
11 November 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah 2013
Majlis berlangsung di Dewan Budiman SKTSA.YDP PIBG iaitu Haji Azman bin Kamarudin telah sudi merasmikan majlis tersebut.Tahniah kepada yang menerima anugerah.
10 November 2013
Majlis Perasmian Bilik-bilik Khas dan Anugerah Nilam 2013
SKTSA telah mengadakan Majlis Perasmian Bilik-bilik Khas dan Anugerah Nilam pada hari Khamis lalu.Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang iaitu Pn Siti Hajar binti Ayub telah sudi hadir dan merasmikan bilik-bilik khas iaitu Pusat Sumber dan Bilik Kesihatan.Semoga SKTSA lebih maju jaya pada masa akan datang.
05 November 2013
27 October 2013
Majlis Penyampaian Anugerah Pengawas/PRS SKTSA 2013
Majlis Penyampaian Anugerah Pengawas/PRS SKTSA 2013 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Budiman SKTSA.Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKTSA iaitu Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat.Turut hadir bersama pada majlis itu ialah YDP PIBG iaitu Tuan Haji Nor Azman bin Kamarudin.Dalam ucapannya,Guru Besar menyatakan bahawa kepentingan pemimpin itu bermula dari peringkat rendah dan berharap agar bakat kepimpinan diteruskan dan menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang
24 October 2013
Karnival Bolasepak Orang Asli Peringkat Kebangsaan
Karnival bolasepak orang asli peringkat kebangsaan berlangsung dengan jayanya di sini semalam.SKTSA telah diberikan kepercayaan sebagai penyedia padang untuk kejohanan kali ini.
Majlis Tilawah Al-Quran Tahun 6
Majlis Tilawah Tahun 6 SKTSA diadakan di Dewan Mesra.Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahun 6 selepas UPSR
09 September 2013
UPSR 2013
Semua warga SKTSA mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR.Semoga dikurniakan keputusan yang cemerlang.
04 September 2013
Majlis Anugerah Kebersihan Kantin Peringkat Kebangsaan
Alhamdulillah.SKTSA sekali lagi menempa nama apabila mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Keceriaan Kantin Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Hotel Marriot.Tahniah di atas segala usaha swmua pihak dalam memastikan SKTSA terus cemerlang.
Aktiviti Bulan Kemerdekaan SKTSA 2013
Sepanjang bulan kemerdekaan,pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh semua panitia.Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna,membuat kain rentang gergasi dan pelbagai lagi aktiviti.Semua aktiviti ini dijalankan agar semua warga SKTSA menghayati kemerdekaan yang telah dicapai.Tahniah kepada semua warga kerja SKTSA yang telah menjalankan semua aktiviti dengan jayanya.
30 August 2013
Sambutan Ambang Merdeka 2013
Sambutan Ambang Merdeka diadakan dengan penuh warna warni dan meriah di SKTSA hari ini.Sambutan itu yang diadakan saban tahun menampilkan kelainan apabila babak lakonan dilakonkan oleh guru dan murid.Dalam majlis itu juga pelbagai aktiviti dijalankan.Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang diundang khas iaitu Dato' Jamali Shadat.Turut hadir ialah barisan kepimpinan PIBG.Terima kasih diucapkan di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan majlis ini
21 August 2013
Mesyuarat Guru dan Kurikulum
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada jam 1.00 ptg.Antara perkara yang dibincangkan ialah arahan pengurusan dan Sambutan Kemerdekaan
18 August 2013
Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013
Pelancaran bulan kemerdekaan dirasmikan oleh Guru Besar SKTSA iaitu Haji Nor Azmi bin Rahmat.Dalam ucapannya, beliau meminta semua warga SKTSA menggembleng tenaga agar keharmonian dapat dikekalkan demi menjamin kesinambungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MENARIK
-
Jika ingin melihat takwim dan pelan SKTSA 2012, sila download link di bawah: http://www.mediafire.com/?aqjzjb9e59enm8c http://www.mediafi...
-
Alhamdulillah pada malam ini penyerahan watikah pelantikan kepada AJK PIBG yang baru. Semoga AJK pada tahun ini lebih cemerlang. ...
-
KLANG 15 FEB-Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas telah didatangi 7 orang hakim terdiri daripada pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidika...