Blogger Widgets

ADS

24 May 2012

Lawatan Penanda Aras - DJ Corner

KLANG 23 MEI - Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Che Norlia bt. Ismail bersama beberapa orang guru telah mengadakan lawatan ke SK Telok Menegon bagi melihat dan menilai dengan lebih dekat pengisian Program 'Deejay Corner' yang dijalankan di sekolah tersebut. Program ini adalah hasil kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan panitia-panitia matapelajaran. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid untuk berkomunikasi dengan penuh keyakinan. Program ini dijalankan pada waktu rehat untuk memberi maklumat kepada murid-murid dengan pelbagai teknik dan kaedah yang menarik. Guru Besar amat berharap program dapat dilaksanakan di SK Taman Sri Andalas yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengisi masa yang terluang pada waktu rehat dengan pelbagai info kepada semua murid dan mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Antara pengisian bagi Program Deejay Corner yang dijalankan di SK Telok Menegon

Pn. Che Norlia (tengah) bersama guru-guru pengiring SKTSA dan guru-guru SK Telok Menegon

23 May 2012

Minggu Pusat Sumber 2012

Majlis Perasmian Minggu Pusat Sumber SKTSA disempurnakan oleh Tuan Hj. Nor Azmi b. Rahmat
KLANG 24 MEI - Minggu PSS SKTSA sedang berlangsung dan melibatkan semua murid. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat pada Isnin lalu. Pelbagai program telah diatur untuk menjayakan program minggu PSS. Antaranya ialah aktiviti padang anjuran Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menurut Guru Perpustakaan & Media, Pn. Rafidah bt. Saharudin, semua aktiviti dirancang dengan teliti di samping meminta pendapat dan pandangan semua guru dalam menjayakannya. Bagi beliau, kerjasama adalah amat penting supaya semua program berjalan dengan lancar. beliau amat yakin dengan kemampuan dan pencapaian semua guru dalam melestarikan pendidikan serta semua program yang telah dirancang.

UTPSKTSA 

Program Sentuhan Hati

KLANG,19 MEI - Program Sentuhan Hati anjuran SKTSA berjaya menarik penyertaan yang memberansangkan. Program yang diadakan julung kalinya ini melibatkan penyertaan murid tahap 2. Penyelaras program, En. Hafizin bin Yusoff dipetik sebagai berkata, program ini dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian murid bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga meningkatkan modal insan murid. Pelbagai program telah diadakan termasuklah solat hajat (gambar atas). Selain penglibatan murid, ibu bapa juga telah dialu-alukan menyertainya. Program ini merupakan titik tolak ke arah permuafakatan antara ibu bapa dn guru di samping meningkatkan sahsiah murid.

UTPSKTSA

16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

KLANG, 16 MEI- Hari Guru disambut meriah hari ini di SKTSA. Sambutan yang diadakan di Dewan Mesra itu disertai oleh semua guru dan murid. Bermula seawal 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan oleh semua guru diketuai oleh Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat. Setelah semua guru mengambil tempat, pengawas SKTSA kemudian menyematkan roset kepada setiap guru tanda penghormatan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh adik Anas Syafiq seterusnya nyanyian lagu Negaraku dikumandang dan dinyanyikan. Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran kemudiannya dibacakan oleh Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat. Majlis sambutan ini juga diserikan dengan pelbagai persembahan daripada guru dan murid. Paling mencuit hati apabila ada kumpulan guru yang mempersembahkan tarian. Majlis berakhir pada jam 12.50 petang.

14 May 2012

Selamat Hari Guru

Hari Guru akan disambut serentak di seluruh negara esok. Hari Guru yang disambut saban tahun membawa mesej jelas bahawa pengorbanan dan kerjaya guru amatlah diiktiraf di negara ini. guru merupakan tunjang kepada pembentukan sahsiah dan modal insan yang mapan. Oleh itu, tema Hari Guru tahun ini iaitu "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " amatlah sesuai dihayati oleh semua insan bergelar guru. Zaman semakin berlalu dan kerjaya guru juga turut berubah mengikut peredaran zaman. Jika dahulu guru sekadar menjadi pintu kepada segala ilmu, tetapi kini guru adalah gedung yang ilmunya sentiasa didambakan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meletakkan harapan tinggi untuk melahirkan pelajar yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulum. Ini memerlukan usaha yang jitu daripada para guru untuk merealisasikan hasrat kerajaan. Dengan Program Transformasi Pendidikan yang telah dilaksanakan, guru perlu membuat penghijrahan di atas tuntutan semasa. Warga SKTSA sedang giat menjalankan pelbagai program untuk memastikan semua murid berada di landasan kecemerlangan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua murid juga dituntut agar menjadikan kecemerlangan sebagai asas pembelajaran. Oleh itu, pemurnian sikap saling tolong-menolong dan menghormati guru haruslah disuburkan di SKTSA agar setiap program yang dilaksanakan mencapai matlamatnya. Zaman semakin mencabar seiring dengan tugas guru. Wahai guru, janganlah kita berputus asa walaupun pelbagai rintangan datang menjengah.   Warga SKTSA mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia khususnya warga SKTSA. Semoga pengorbanan yang dicurahkan tetap segar di sanubari semua anak didik.


Antara program yang akan dilaksanakan sempena Hari Guru SKTSA:
  • persembahan murid
  • persembahan guru
  • permainan
  • cabutan bertuah
  • penyampaian hadiah
-UTPSKTSA

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru  SKTSA akan diadakan pada 16 Mei 2012 ( Rabu ) mulai jam 7.20 pagi hingga 12.50 tengah hari. Semua murid sesi petang dikehendaki hadir ke sesi pagi .


SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SKTSA.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN  TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.



SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2

Makluman untuk ibu bapa/ Penjaga Murid - murid Tahun 2:

Saringan Khas LINUS Tahun 2 akan diadakan pada 18 Mei 2012( Jumaat ) .Sila pastikan kehadiran anak / jagaan tuan pada hari berkenaan. Harap maklum.

09 May 2012

SISTEM MERIT DAN PENALTI


 SISTEM MERIT - PSP
PANDUAN PEMBERIAN MATA SISTEM MERIT


KOD

PERKARA
MATA MERIT
TINDAKAN
(A)   TINGKAHLAKU BAIK

A1

Kerja-kerja amal dalam sekolah (mengikut budi bicara guru)

3
Guru Berkenaan

A2

Disiplin (Perubahan & pengekalan tingkahlaku positif dalam kelas)
A2.1  Perubahan  (1 bulan)
A2.2  Pengekalan  (6 bulan)




3
5

Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran / Kaunselor Sekolah
(B) KEPIMPINAN


Jawatan
B1.   Pengerusi / Ketua Kelas
B2.   Timbalan / Naib Pengerusi /  
         Penolong Ketua Kelas
B3.    Setiausaha / Bendahari
B4.   Penolong Setiausaha /
         Penolong Bendahari
B5.   Ahli Jawatankuasa / Pemain /
         Ahli Aktif


Sek
Dae
Neg
Keb
5

10
15
20
4

8
12
16
3

6
9
12
2

4
6
8
1
2
3
4
Guru Penasihat / Guru Berkenaan
(C) SUKAN / PERMAINAN / KELAB / PERSATUAN / UNIT BERUNIFORM


Setiap kali kehadiran dalam aktiviti khas sekolah (Contoh) : Hari Sukan, Gotong Royong, Merentas Desa dll)

3
Guru Berkenaan
(D) KEHADIRAN


Kehadiran penuh bulanan

5
Guru Kelas
(E)  KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA


Kehadiran ibu bapa / penjaga ke sekolah atas urusan  :
E1.  Program rasmi sekolah (Hari
        Sukan, Hari Terbuka,
        Mesyuarat Agung PIBG,
        Program Keibubapaan ,  dll)
E2.  Konsultasi / rundingan 
        dengan pihak sekolah.





5


3
Guru Kelas
(F)  SUMBANGAN IBU BAPA


Sumbangan ibu bapa / penjaga kepada sekolah dalam bentuk tenaga, kewangan, bahan dan lain-lain yang sesuai.

5
Guru Kelas

Segala keputusan memberi mata merit adalah tertakluk kepada budi bicara
guru besar dan situasi di sekolah masing-masing

SISTEM MERIT - PSP
PANDUAN PEMBERIAN MATA PENALTI MENGIKUT SALAHLAKU

Kod
Kesalahan / Perlakuan
Mata Penalti
Tindakan Disiplin
Termasuk
8.1
TINGKAHLAKU JENAYAH


111
Berjudi
40
Gantung / Buang Sekolah
112
Mencuri, mencecah masuk kawasan larangan sekolah
40
Gantung / Buang Sekolah
113
Melawan / mengancam / membuli / mencederakan guru
40
Gantung / Buang Sekolah
114
Melawan / mengancam / membuli / mencederakan pengawas
40
Gantung / Buang Sekolah
115
Memeras ugut
40
Gantung / Buang Sekolah
116
Membuli / Pelancoan
40
Gantung / Buang Sekolah
117
Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap
40
Gantung / Buang Sekolah
118
Menyalahgunakan dadah
40
Gantung / Buang Sekolah
119
Membawa alat senjata merbahaya
40
Gantung / Buang Sekolah
120
Mencabul kehormatan
40
Gantung / Buang Sekolah
121
Mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain
40
Gantung / Buang Sekolah
122
Menceroboh bilik khas, kedai koperasi / pejabat sekolah
40
Gantung / Buang Sekolah
123
Mengedar dadah
40
Gantung / Buang Sekolah
124
Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman sekolah
40
Gantung / Buang Sekolah
125
Bertaruh secara besar-besaran
40
Gantung / Buang Sekolah
126
Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah
40
Gantung / Buang Sekolah
127
Membakar
40
Gantung / Buang Sekolah
128
Memusnah / merosakkan dokumen rasmi
40
Gantung / Buang Sekolah

8.2
TINGKAHLAKU LUCAH


221
Bercumbu-cumbuan
40
Gantung / Buang Sekolah
222
Berkhalwat
40
Gantung / Buang Sekolah
223
Bawa bahan lucah ke sekolah
20
Amaran, Panggil Ibu Bapa
224
Mengintai murid perempuan / lelaki
20
Amaran, Panggil Ibu Bapa
225
Menggunakan kata-kata lucah dan perbuatan lucah
20
Amaran, Panggil Ibu Bapa
226
Melukis gambar-gambar / menulis kata-kata lucah
20
Amaran, Panggil Ibu Bapa

8.3
TINGKAHLAKU KEKEMASAN DIRI


331
Berambut panjang untuk lelaki / fesyen rambut keterlaluan / bertentangan dengan peraturan sekolah
3
Amaran / hubungi ibu bapa
332
Berkuku panjang
2
Potong terus
333
Bermisai dan berjanggut
2
Bercukur
334
Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah:



Tiada lencana / lencana kabur / lencana tidak dijahit
2
Beli lencana dan klipkan

Skirt sekolah atas paras lutut
2
Amaran

Baju kurung tidak dikancing
2
Amaran

Seluar yang berfesyen
2
Amaran

Tidak memakai tali leher
2
Amaran

Memakai pakaian luar ke sekolah
2
Tidak dibenarkan masuk

Memakai kemeja berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
2
Baju dirampas

Memakai jaket / sweater / windbreaker
2
Baju dirampas

Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
2
Denda, Amaran

Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah pada hari Sabtu atau pada waktu kokurikulum atau di luar waktu sekolah
2
Tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah

Tidak masukkan kemeja ke dalam seluar / skirt sekolah
2
Amaran

Kod
Kesalahan / Perlakuan
Mata Penalti
Tindakan Disiplin
Termasuk
335
Memakai barang perhiasan ke sekolah:



Memakai barang kemas ke sekolah
2
Dirampas

Memakai rantai agama tanpa kebenaran
2
Amaran

Pengikat rambut berfesyen selain daripada hitam, putih dan biru
2
Dirampas

Memakai lebih daripada sepasang subang
2
Dirampas

Lelaki memakai subang
2
Dirampas
336
Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan:

Semua jenis alatan tajam
2
Dirampas

Pemotong kuku berpisau
2
Dirampas

Kamera / radio / walkman / MP3 / pager
2
Dirampas

Telefon bimbit (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2  / 2009 )
2
Dirampas *

Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan
2
Dirampas

Gambar / poster artis atau model
2
Dirampas

Liquid paper / marker pen / highlighter
2
Dirampas

Pakaian luar sekolah
2
Dirampas

Cermin mata hitam / topeng
2
Dirampas

Kosmetik / cermin / minyak wangi
2
Dirampas

Majalah hiburan / komik
2
Dirampas

Pita video / VCD / Kaset
2
Dirampas

Kad poker / barang untuk berjudi
2
Dirampas

Tanda-tanda / lencana yang berunsurkan politik
2
Dirampas

Kad magic, kad pokemon, Yo Yo
2
Dirampas
337
Memakai seliper / sandal tanpa kebenaran
2
Dirampas
338
Tidak memakai stokin putih
2
Amaran
339
Tidak memakai kasut kanvas putih
2
Dirampas
340
Kuku berwarna / berinai
2
Amaran, Dibersihkan
341
Mewarnakan rambut
15
Ibu bapa diminta membawa anak pulang sehingga rambut dihitamkan
342
Mencabutkan bulu kening
2
Amaran
343
Bersolek
2
Amaran
343
Membawa topi keledar ke dalam bilik darjah
10
Dirampas

8.4
TINGKAHLAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA


441
Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah
2
Amaran
442
Datang lewat ke sekolah
2
Denda, Slip masuk kelas, DC jika 3 kali
443
Lewat ke perhimpunan
2
Amaran
444
Makan di kantin di luar waktu rehat
2
Amaran
445
Lewat pulang ke asrama
2
Amaran
446
Tidur dalam kelas
2
Panggil ibu bapa , Amaran
447
Bermain dalam bilik darjah / kaki lima
2
Amaran, Denda
448
Keluar kelas tanpa pas / borang kebenaran
2
Amaran, DC jika 3 kali
449
Berada di kantin sebelum / selepas rehat
2
Amaran, DC jika 3 kali
450
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
10
Hubungi ibu bapa
451
Masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan / kebenaran
10
Halau keluarh
452
Tidak membuat kerja rumah
2
Amaran
453
Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran
5
Amaran




Kod
Kesalahan / Perlakuan
Mata Penalti
Tindakan Disiplin
Termasuk
8.5
TINGKAHLAKU YANG KURANG BERSOPAN DAN BIADAP
551
Berkelakuan kasar terhadap guru
20
Amaran
552
Berkelakuan kasar terhadap pengawas
15
Amaran
553
Berbahasa kasar terhadap murid
10
Amaran
554
Berbahasa kesat / kasar
10
Amaran
555
Mengedar / menyimpan rokok
10
Amaran, Panggil ibu bapa
556
Menghisap rokok
* Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1997
10 setiap kali
Amaran, Panggil ibu bapa *
Kali pertama : rotan sekali
Kali kedua : rotan dua kali
Kali ketiga : rotan tiga kali
Kali keempat : Gantung
Kali kelima : Buang sekolah
557
Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
10
Amaran
558
Tidak menghormati / engkar guru
10
Amaran, Panggil ibu bapa
559
Tidak menghormati pengawas
5
Amaran
560
Simpan / edar minuman keras / sebarang minuman yang memabukkan
15
Rampas, Panggil Ibu bapa
561
Menyimpan pemetik api / mancis
10
Rampas, Amaran
562
Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama sekolah
15
Amaran, Denda
563
Melanggar peraturan lalulintas dalam kawasan sekolah
10
Amaran, Denda
564
Makan dalam kelas
5
Amaran, Denda
565
Makan / minum di luar kantin
2
Amaran
566
Meminum sebarang minuman keras / minuman yang memabukkan
15
Amaran, Panggil ibu bapa
8.6
TINGKAHLAKU MUSNAH


661
Merosakkan harta benda sekolah
10
Amaran, Denda
662
Merosakkan harta benda Pengetua / Guru-guru
20
Amaran, Denda
663
Merosakkan harta benda kantin sekolah
10
Amaran, Denda
664
Merosakkan harta benda pelajar
10
Amaran, Denda
665
Merosakkan harta benda asrama
10
Amaran, Denda
666
Melakukan pembaziran air atau elektrik
2
Amaran, Denda
667
Menyalahgunakan peralatan elektrik
10
Amaran, Denda
668
Menconteng / mengotorkan kawasan / bangunan sekolah
10
Amaran, Denda
669
Mengotorkan kelas
5
Amaran, Denda

8.7
TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR / MENIPU


771
Menipu yang melibatkan wang
15
Hubungi ibu bapa
772
Menipu yang melibatkan kepercayaan
15
Hubungi ibu bapa
773
Menipu semasa ujian / peperiksaan
15
Markah 0, Hubungi ibu bapa
774
Memalsukan keterangan / rekod rasmi
15
Hubungi ibu bapa

8.8
PONTENG


881
Ponteng kelas
5
Amaran
882
Ponteng sekolah



3 hari berturut-turut / 10 hari tidak berturut-turut
6
Amaran 1 bertulis

10 hari berturut-turut / 20 hari tidak berturut-turut
20
Amaran 2 bertulis

17 hari berturut-turut / 40 hari tidak berturut-turut
40
Amaran Terakhir bertulis

31 hari berturut-turut / 60 hari tidak berturut-turut
60
Buang Sekolah
883
Ponteng perhimpunan
10
Amaran
884
Ponteng aktiviti luar bilik darjah / kokurikulum
5
Denda, Amaran
885
Ponteng ujian
5
Denda, Amaran
886
Ponteng peperiksaan
10
Denda, Amaran
887
Ponteng untuk 'private study'
5
Hubungi Ibu bapa
888
Ponteng asrama
40
Gantung / Buang Sekolah

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog