Blogger Widgets

ADS

24 May 2012

Lawatan Penanda Aras - DJ Corner

KLANG 23 MEI - Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Che Norlia bt. Ismail bersama beberapa orang guru telah mengadakan lawatan ke SK Telok Menegon bagi melihat dan menilai dengan lebih dekat pengisian Program 'Deejay Corner' yang dijalankan di sekolah tersebut. Program ini adalah hasil kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan panitia-panitia matapelajaran. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid untuk berkomunikasi dengan penuh keyakinan. Program ini dijalankan pada waktu rehat untuk memberi maklumat kepada murid-murid dengan pelbagai teknik dan kaedah yang menarik. Guru Besar amat berharap program dapat dilaksanakan di SK Taman Sri Andalas yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengisi masa yang terluang pada waktu rehat dengan pelbagai info kepada semua murid dan mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Antara pengisian bagi Program Deejay Corner yang dijalankan di SK Telok Menegon

Pn. Che Norlia (tengah) bersama guru-guru pengiring SKTSA dan guru-guru SK Telok Menegon

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog