Blogger Widgets

ADS

30 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

KLANG,31 Jan- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di sini hari ini. Sambutan yang disambut tiap-tiap tahun itu dimulakan dengan perarakan oleh semua murid dan guru sesi pagi. Perarakan dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW diketuai oleh En.Mohd Shukri bin Rosli. Lebih menarik, acara perarakan itu turut disertai pihak pentadbir diketuai guru besar, Tuan Haji Nor Azmi bin Rahmat. Di samping acara perarakan, ceramah juga diadakan untuk mengingati baginda. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Razali. Majlis berakhir jam 10.15 pagi.

UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.10

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Untuk semua warga SKTSA yang beragama Islam, admin mengucapkan salam dan selamat menyambut Maulidur Rasul.Semoga akhlak baginda Rasulullah menjadi ikutan seluruh umat Islam di dunia ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

21 January 2013

Majlis Pelancaran Program Kitar Semula 2013

KLANG, 21 JAN-SKTSA mengambil langkah proaktif dalam memastikan persekitaran hijau sentiasa menjadi keutamaan. Dalam ucapannya, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat selaku guru besar menegaskan bahawa stiap warga SKTSA haruslah berganding bahu dalam memastikan bumi yang kita diami ini sentiasa hijau dan memberi sumbangan kepada manusia. Justeru, kita mestilah mendidik diri kita untuk sentiasa bersikap sayangkan alam sekitar.Pada majlis itu pegawai dari MPK telah hadir memeriahkan sambutan program itu. Sebagai rekod, SKTSA pernah dinobatkan sebagai juara kitar semula pada tahun 2009.

Published with Blogger-droid v2.0.10

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

KLANG, 22 JAN-Bantuan awal persekolahan 2013 telah diedarkan kepada semua murid di sini hari ini. Sumbangan itu yang merupakan kesinambungan daripada bantuan tahun lepas mensasarkan semua murid tanpa mengira latar belakang. Ibu bapa yang ditemui berpendapat bantuan ini merupakan rezeki dan perlu dibelanjakan dengan berhemah. Bantuan itu juga disifatkan sebagai meringankan beban dialami semua ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Majlis penyampaian bantuan tersebut turut dihadiri oleh Penyelaras DUN iaitu Tuan RS Maniam. Majlis berakhir jam 11.45 pg

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 January 2013

TAKLIMAT KHAS SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI

KLANG, 19 JAN-Satu taklimat khas telah disampaikan oleh Penolong Pengarah,  Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor iaitu Encik Aspiyaan bin Mohamad Jamaludin di sini hari ini. Beliau menyampaikan taklimat khas itu di Dewan Budiman SKTSA. Semua peserta yang terdiri daripada guru-guru SKTSA itu disifatkan sebagai keperluan utama perkhidmatan. Program itu merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Published with Blogger-droid v2.0.10

16 January 2013

02 January 2013

Sesi Persekolahan Sesi 2013 Bermula

KLANG, 2 JANUARI-Keceriaan terpancar di wajah murid-murid Tahun 1 apabila mereka mula menghadiri sesi persekolahan hari ini. Disamping itu, tidak kurang juga ada yang menangis disebabkan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Begitulah suasana yang berlaku sekitar sesi persekolahan yang bermula di seluruh negara hari ini. Ibu bapa juga tidak ketinggalan berkongsi saat yang bermakna ini bersama anak masing-masing. Salah seorang ibu bapa yang ditemui, Shahabudin Abu Bakar berkata walaupun beliau sudah mempunyai 2 orang anak yang bersekolah dan mempunyai pengalaman di sini, beliau masih teruja untuk melihat anaknya yang berada di Tahun 1 kerana lucu melihat gelagatnya.Tambah beliau lagi, beliau yakin dengan kecekapan guru-guru di sini mengambil hati murid. Pihak sekolah turut dikunjungi oleh pegawai khas yang datang dari Jemaah Nazir&Jaminan Kualiti untuk memantau kesiapsiagaan sekolah dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.

-UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.9

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog