Blogger Widgets

ADS

14 May 2012

Selamat Hari Guru

Hari Guru akan disambut serentak di seluruh negara esok. Hari Guru yang disambut saban tahun membawa mesej jelas bahawa pengorbanan dan kerjaya guru amatlah diiktiraf di negara ini. guru merupakan tunjang kepada pembentukan sahsiah dan modal insan yang mapan. Oleh itu, tema Hari Guru tahun ini iaitu "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " amatlah sesuai dihayati oleh semua insan bergelar guru. Zaman semakin berlalu dan kerjaya guru juga turut berubah mengikut peredaran zaman. Jika dahulu guru sekadar menjadi pintu kepada segala ilmu, tetapi kini guru adalah gedung yang ilmunya sentiasa didambakan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meletakkan harapan tinggi untuk melahirkan pelajar yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulum. Ini memerlukan usaha yang jitu daripada para guru untuk merealisasikan hasrat kerajaan. Dengan Program Transformasi Pendidikan yang telah dilaksanakan, guru perlu membuat penghijrahan di atas tuntutan semasa. Warga SKTSA sedang giat menjalankan pelbagai program untuk memastikan semua murid berada di landasan kecemerlangan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua murid juga dituntut agar menjadikan kecemerlangan sebagai asas pembelajaran. Oleh itu, pemurnian sikap saling tolong-menolong dan menghormati guru haruslah disuburkan di SKTSA agar setiap program yang dilaksanakan mencapai matlamatnya. Zaman semakin mencabar seiring dengan tugas guru. Wahai guru, janganlah kita berputus asa walaupun pelbagai rintangan datang menjengah.   Warga SKTSA mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia khususnya warga SKTSA. Semoga pengorbanan yang dicurahkan tetap segar di sanubari semua anak didik.


Antara program yang akan dilaksanakan sempena Hari Guru SKTSA:
  • persembahan murid
  • persembahan guru
  • permainan
  • cabutan bertuah
  • penyampaian hadiah
-UTPSKTSA

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog