Blogger Widgets

ADS

16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012

KLANG, 16 MEI- Hari Guru disambut meriah hari ini di SKTSA. Sambutan yang diadakan di Dewan Mesra itu disertai oleh semua guru dan murid. Bermula seawal 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan oleh semua guru diketuai oleh Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat. Setelah semua guru mengambil tempat, pengawas SKTSA kemudian menyematkan roset kepada setiap guru tanda penghormatan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh adik Anas Syafiq seterusnya nyanyian lagu Negaraku dikumandang dan dinyanyikan. Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran kemudiannya dibacakan oleh Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat. Majlis sambutan ini juga diserikan dengan pelbagai persembahan daripada guru dan murid. Paling mencuit hati apabila ada kumpulan guru yang mempersembahkan tarian. Majlis berakhir pada jam 12.50 petang.

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog