Blogger Widgets

ADS

02 January 2013

Sesi Persekolahan Sesi 2013 Bermula

KLANG, 2 JANUARI-Keceriaan terpancar di wajah murid-murid Tahun 1 apabila mereka mula menghadiri sesi persekolahan hari ini. Disamping itu, tidak kurang juga ada yang menangis disebabkan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Begitulah suasana yang berlaku sekitar sesi persekolahan yang bermula di seluruh negara hari ini. Ibu bapa juga tidak ketinggalan berkongsi saat yang bermakna ini bersama anak masing-masing. Salah seorang ibu bapa yang ditemui, Shahabudin Abu Bakar berkata walaupun beliau sudah mempunyai 2 orang anak yang bersekolah dan mempunyai pengalaman di sini, beliau masih teruja untuk melihat anaknya yang berada di Tahun 1 kerana lucu melihat gelagatnya.Tambah beliau lagi, beliau yakin dengan kecekapan guru-guru di sini mengambil hati murid. Pihak sekolah turut dikunjungi oleh pegawai khas yang datang dari Jemaah Nazir&Jaminan Kualiti untuk memantau kesiapsiagaan sekolah dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar.

-UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.9

25 December 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama

KLANG, 26 DIS-Mesyuarat guru SKTSA kali pertama telah diadakan di Dewan Budiman SKTSA hari ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh guru besar, Haji Nor Azmi bin Rahmat itu dihadiri oleh semua guru dan staf.

Published with Blogger-droid v2.0.9

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog