KLANG 24 FEB-Masalah mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Oleh itu, program ini dijalankan bagi melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah perlulah dibendung segera agar misi negara mencapai matlamat sekolah bebas dadah 2012 dapat direalisasikan. Oleh itu, SKTSA telah mengorak langkah, melaksanakan program ini bagi mencapai misi tersebut. Seramai 6 orang pegawai telah datang untuk melaksanakan program tersebut. Dalam kenyataan pihak ADK, menurut kajian, banyak fenomena yang berlaku ialah membabitkan pelajar. Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah. Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bukan sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah. Dalam program ini juga, semua murid ditayangkan dengan tayangan slaid penyalahgunaan dadah. SKTSA berharap agar program seperti ini menjadi program yang akan dapat mengubah dan memberi kesedaran agar semua murid berjaya pada masa akan datang
Mesyuarat Penyelarasan MSSD Klang
Program Motivasi Tahun 6
How to add Google Buzz to Blogspot blog
Latihan Merentas Desa SKTSA

Mesyuarat Penyelarasan Olahraga MSSD Klang
Terima Kasih kepada semua yang hadir....read more

Program Motivasi Tahun 6
Program diadakan di Dewan Budiman...read more

How to add Google Buzz to Blogspot blog
Description goes here, this is just a test description....read more

Latihan Merentas Desa SKTSA
Latihan ini bertujuan memperkenalkan laluan trek merentas desa SKTSA....read more
23 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENARIK
-
KLANG 28 Mac- Pasukan bola sepak SKTSA akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang pada 1 & 2 April ini di ADTEC, Shah Alam yang dike...
-
KLANG 23 MEI - Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Che Norlia bt. Ismail bersama beberapa orang guru telah mengadakan lawatan ke SK Telok M...
-
ISNIN 26 Mac 2012- Pertandingan Bicara Berirama akhir telah berlangsung dengan jayanya di SKTSA. Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagia...
No comments:
Post a Comment