KLANG 28 Mac- Pasukan bola sepak SKTSA akan menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang pada 1 & 2 April ini di ADTEC, Shah Alam yang dikelolakan oleh SK Bukit Naga. Menurut jurulatih pasukan, En. Ibrahim bin Abdul Rahman berkata, pasukan SKTSA mempunyai peluang jika pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi di dalam setiap perlawanan. Dalam perlawanan persahabatan semalam, pasukan SKTSA berjaya menewaskan pasukan lawan. Guru Besar, Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat dalam taklimatnya bersama pemain meminta kerjasama semua pemain supaya bermain bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat dicapai. Pemain pasukan sekolah terdiri daripada murid Tahun 5&6. Pengurus pasukan, En. Kamarul Azmie bin A Rashid dipetik sebagai berkata bahawa pemain-pemain dipilih berdasarkan beberapa kriteria penting dalam permainan bola sepak. Beliau yang berpengalaman menjadi pengurus pasukan bola sepak sekolah selama 10 tahun dan pernah membawa pasukan bola sepak SKTSA menjadi johan Kejohanan Mini Olimpik pada tahun 2005 berharap agar semua pihak termasuk ibu bapa memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan sekolah supaya usaha yang dilakukan tidak sia-sia.
- Mesyuarat Penyelarasan MSSD Klang
- Program Motivasi Tahun 6
- How to add Google Buzz to Blogspot blog
- Latihan Merentas Desa SKTSA
Mesyuarat Penyelarasan Olahraga MSSD Klang
Terima Kasih kepada semua yang hadir....read more
Program Motivasi Tahun 6
Program diadakan di Dewan Budiman...read more
How to add Google Buzz to Blogspot blog
Description goes here, this is just a test description....read more
Latihan Merentas Desa SKTSA
Latihan ini bertujuan memperkenalkan laluan trek merentas desa SKTSA....read more
28 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENARIK
-
SISTEM MERIT - PSP PANDUAN PEMBERIAN MATA SISTEM MERIT KOD PERKARA MATA MERIT TINDAKAN (A) TI...
-
KLANG 7 MAC - SKTSA telah melaksanakan Kursus LADAP kali pertama semalam. Kursus itu dihadiri oleh semua guru. Kursus ini menekankan aspe...
Ppembetulan..2 & 3 April 2012 bukan 1 & 2 April 2012. Harap maklum.
ReplyDelete