Blogger Widgets

ADS

11 April 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang 2012

KLANG 3 APRIL- STSA akan memulakan kempen merebut kejuaraan sukan MSSD Klang seawal hujung tahun ini setelah tersingkir dari kejuaraan MSSD Klang. Pengurus Pasukan, Kamarul Azmie  A Rashid mengakui bahawa pasukannya telah beraksi cemerlang dalam saingan kejuaraan peringkat kumpulan namun tersingkir pada pusingan kedua kepada SK Kapar dengan penentuan sepakan penalti setelah tamat waktu tambahan. Dalam saingan kumpulan, SKTSA telah berjaya mengatasi pasukan SK Telok Pulai dengan kemenangan 2-0. Gol pertama dijaringkan oleh Wan Shahrul setelah hantaran yang dibuat pemain tengah, Mohd Faris berjaya dimanfaatkan oleh Shahrul. Gol kedua pula dijaringkan oleh penyerang SKTSA. Mohd Fadhli setelah membuat percubaan dan berjaya merobek gol pasukan lawan. Sebelum itu, SKTSA tewas tipis kepada pasukan tuan rumah, SK Bukit Naga dengan kekalahan 1-0. Gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua itu berpunca kesilapan penjaga gol yang sedikit terkeluar dari kawasan gol dan dengan mudah dimanfaatkan oleh pemain lawan. Jurulatih pasukan, Ibrahim Abdul Rahman menyifatkan kekalahan pasukannya dalam saingan kali ini merupakan cabaran kepada semua pemain. Namun begitu, beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pasukannya sepanjang saingan berlangsung..

UTPSKTSA

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog