Blogger Widgets

ADS

06 May 2012

Seminar Motivasi & Bengkel Skor A UPSR

Peserta dari SKTSA diberi taklimat sebelum menaiki bas.

Para peserta dibawa melawat Tugu Peringatan Negara Malaysia.

Sesi motivasi bersama En. Ganesan di Dewan Cempaka, Fakulti Sains UM

KUALA LUMPUR 5 Mei 2012 - Seramai 158 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dari SK Taman Sri Andalas telah menyertai Seminar Motivasi & Bengkel UPSR 2012 yang diadakan di Fakulti Sains, Universiti Malaya. Program yang dianjurkan oleh PIBG SKTSA dengan anjuran bersama Pendidikan Sarjana Pelangi ini juga disertai oleh hampir seramai 130 orang murid dari SK (P) Methodist, SK Convent (1), SK Convent (2) dan SK Kg. Pendamar. Para peserta bertolak dari sekolah pada jam 8 pagi ke Tugu Peringatan Negara Malaysia untuk lawatan ringkas dan tiba di Universiti Malaya jam 10 pagi. Program dimulakan dengan sesi motivasi bersama En. Ganesan. Seterusnya, program diteruskan dengan slot untuk empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Program berakhir pada jam 8.45 malam dengan majlis penutup yang dirasmikan Pn. Che Norlia bt. Ismail iaitu GPK Kurikulum SKTSA. Para peserta bertolak pulang ke sekolah jam 9 malam dan selamat tiba jam 10 malam.

Guru-guru pengiring bersama Pn. Che Norlia, GPK Kurikulum SKTSA

Pn. Che Norlia merasmikan majlis penutup seminar.

Peserta bertuah dari SKTSA yang memenangi hadiah berupa sebuah basikal.

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog