Blogger Widgets

ADS

30 June 2012

Program I-Think Accelerator

KLANG,30 Jun-Kehadiran kira-kira 9000 pengunjung menggamatkan suasana pada program kali ini yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri di sini. Program itu yang disifatkan pemangkin kepada kemahiran berfikir bertujuan meningkatkan lagi keupayaan sedia ada murid dalam membentuk dan menafsir maklumat. Kali ini, SKTSA diberi penghormatan sebagai tuan rumah program. Pengunjung membanjiri perkarangan sekolah seawal jam 8.00 pagi. Tinjauan mendapati, para ibu bapa dan murid yang datang amat berpuas hati dan berharap program seperti ini diteruskan. Dalam program tersebut, pelbagai pameran diadakan. Pameran yang diadakan itu menarik penglibatan yang amat menggalakkan daripada murid dan juga ibu bapa. Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut menarik minat pengunjung. Suasana gamat menyelubungi apabila nombor tiket diumumkan oleh pengacara program. Tidak ketinggalan, guru-guru yang setia menunggu hingga ke akhir program.

Published with Blogger-droid v2.0.6

28 June 2012

Lawatan Kasih ke Rumah Mantan Guru Besar SKTSA

KLANG, 28 JUN - Yang lama dihormati, yang muda dikasihi. Itulah di antara ungkapan yang paling sesuai bagi projek Panitia Sivik dan Kewarganegaraan apabila dua orang pegawai terdiri seorang guru dan Jurufoto SKTSA berkunjung ke rumah mantan guru besar SKTSA iaitu Tn. Hj. Shahar Affandi bin Alang Hassan semalam. Ketua Panitia PSK iaitu En. Zainal Yaacob, yang juga Guru Cemerlang di SKTSA berkunjung ke rumah beliau bagi mendapatkan maklumat selain menjalin kasih diantara pihak sekolah dan beliau. Dalam sesi temubual tersebut, beliau banyak menekankan aspek kasih sayang dalam membentuk keperibadian murid. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Klang dan meneruskan pelajarannya ke Sekolah Tinggi Klang di bawah program (Special Malay Class). Kemudian beliau meneruskan pengajian di BTC (Days Training Centre) Jalan Kuchai Lama sebelum mengajar di SK Manchis, Bentong Pahang dan seterusnya di SK Kg. Shafiee juga di Bentong. Kerjaya beliau sebagai guru berakhir di SKTSA sebagai Guru Besar dari tahun 1994 - 1996.  Jasa beliau dalam dunia pendidikan menjadi inspirasi kepada warga pendidik di sini.

UTPSKTSA

Pemeriksaan Kesihatan

Published with Blogger-droid v2.0.6

20 June 2012

Hari Terbuka SKTSA


KLANG, 21 Jun - Hari Terbuka yang dijalankan setiap tahun di sini telah berjaya membuka ruang di antara ibu bapa dan guru dalam bertukar-tukar pendapat dan idea supaya kecemerlangan anak-anak dapat ditingkatkan. Bagi guru kelas Tahun 4 Sedeli, Noraisah bt Mayar (gambar atas), Hari Terbuka seperti ini adalah peluang terbaik beliau untuk memberikan info berguna kepada ibu bapa tentang perkembangan dan pencapaian murid. Dalam menjayakan Pelan Transformasi Pendidikan, penyampaian yang berkesan amat penting supaya setiap program yang dijalankan berjaya mencapai matlamatnya. Disamping itu, tinjauan rambang yang dilakukan menunjukkan ibu bapa berpuas hati dengan pencapaian murid. Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah bersama warga SKTSA dalam meningkatkan pencapaian semua murid.

-UTPSKTSA
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 June 2012

LAWATAN PENANDA ARAS - DUNIA INFORMASI

KLANG, 18 JUN - SKTSA telah mengadakan lawatan buat julung kalinya ke SK Bukit Rimau bagi tujuan memantapkan lagi kecemerlangannya. Delegasi yang terdiri daripada 20 orang guru dan diketuai oleh Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat tiba di SKBR jam 2.15 petang. Guru Besar SKBR, Tn. Hj. Abd. Aziz bin Saidin menyambut ketibaan delegasi SKTSA dan seterusnya memberikan taklimat ringkas tentang maklumat dan pencapaian sekolah. Beliau dalam taklimatnya menjurus ke arah pencapaian sekolah di peringkat PPD dan JPN. Menurut beliau, kedua-dua sekolah mempunyai potensi masing-masing dalam melestarikan pendidikan seterusnya menjadi sekolah yang disegani. Delegasi SKTSA dibawa melawat ke bilik-bilik khas di sekitar sekolah tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, pihak SKBR akan membuat kunjungan balas ke SKTSA dalam masa terdekat. Lawatan di akhiri dengan jamuan istimewa dan sesi bergambar. Delegasi SKTSA bertolak pulang ke SKTSA kira-kira jam 5.00 petang.

-UTPSKTSA

18 June 2012

Program Jualan Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

KLANG,19 Jun-Karangkraf yang merupakan penerbit majalah popular telah melaksanakan program turun padang di SKTSA. Antara program yang dilaksanakan ialah ceramah berkaitan majalah dan penjualan buku ilmiah. Program ini melibatkan semua murid.
-UTPSKTSA

14 June 2012

HARI TERBUKA 2012

MAKLUMAN UNTUK SEMUA IBU BAPA/ PENJAGA SKTSA


Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir ke sekolah mengikut
ketetapan seperti yang berikut :


Tarikh    :   21 Jun 2012 ( Khamis )
Masa      :   Sesi Pagi  ( 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari )
                 Sesi Petang( 2.00 petang hingga 5.30 petang )
Tempat  :  Kelas anak / jagaan masing - masing


Kerjasama dan perhatian semua ibu bapa / penjaga amat diperlukan
demi kecemerlangan akademik SKTSA.


Sekian , terima kasih.

13 June 2012

Sukan Tahunan

KLANG, 13 JUN- SKTSA sedang giat menjalankan proses latihan rumah sukan bagi persiapan ke Sukan Tahunan yang akan diadakan Julai depan. PK Kokurikulum, En. Sulaiman bin Ismail dipetik berkata, Sukan Tahunan merupakan medan penting untuk mengasah bakat murid disamping pencarian bakat untuk diketengahkan. Acara tahunan itu penting kerana disamping bersukan, murid juga diterapkan dengan nilai disiplin yang tinggi, tambah beliau. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu larian 4x100,4x200 serta acara2 lain lagi. Untuk memastikan segala parancangan yang disusun mencapai matlamatnya, pihak pentadbiran telah menyediakan pelbagai alatan termasuklah penyediaan trek yang sedang dalam proses pelaksanaan. Setiausaha sukan, Mohd. Shafizan bin Jaafar merupakan individu penting dalam memastikan acara tahunan ini berjalan lancar. Beliau juga terlibat di dalam pengurusan trek dan alatan serta melantik pegawai yang akan bertugas pada hari tersebut.

UTPSKTSA

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog