Blogger Widgets

ADS

28 February 2012

Kejohanan Balapan&Padang MSSD Klang








KLANG 28 FEB- Kejohanan Balapan&Padang MSSD Klang berlangsung dengan meriah di Padang Sultan Sulaiman hari ini. Majlis dimulakan dengan persembahan pancaragam dari SMK La Salle. Persembahan tersebut memukau hadirin yang hadir. SKTSA yang diberi mandat sebagai tuan rumah kali ini menaruh harapan tinggi kepada semua peserta agar visi dan misi sukan daerah Klang tercapai. Antara tetamu yang hadir pada majlis itu termasuklah Y. Bhg. En. Vikneswaran, Tmbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Shokhimi bin Saman YDP PIBG SKTSA En. Amran bin Othman, AJK PIBG dan guru besar daerah Klang.Y. Bhg. En. Vikneswaran telah sudi merasmikan kejohanan ini.

23 February 2012

Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2012



KLANG 24 FEB-Masalah mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin  membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya  meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat.  Oleh itu, program ini dijalankan bagi   melaksanakan  program  pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara  memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah perlulah dibendung segera agar misi negara mencapai matlamat sekolah bebas dadah 2012 dapat direalisasikan. Oleh itu, SKTSA telah mengorak langkah, melaksanakan program ini bagi mencapai misi tersebut. Seramai 6 orang pegawai telah datang untuk melaksanakan program tersebut. Dalam kenyataan pihak ADK, menurut kajian, banyak fenomena yang berlaku ialah membabitkan pelajar. Fenomena penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah.  Pada kebiasaannya, pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan  dadah bukan  sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi mereka juga terdedah kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah. Dalam program ini juga, semua murid ditayangkan dengan tayangan slaid penyalahgunaan dadah. SKTSA berharap agar program seperti ini menjadi program yang akan dapat mengubah dan memberi kesedaran agar semua murid berjaya pada masa akan datang

Latihan Persediaan Kejohanan Sukan Balapan&Padang MSSD Klang 2012

 
KLANG 24 FEB-SKTSA giat menjalankan program latihan sebagai persediaan pada Kejohanan Balapan&Padang MSSD Klang yang bakal berlangsung pada 28 Feb 2012 ini. Program latihan yang dikendalikan oleh En. Mohd. Razif bin Kamil itu merangkumi 3 Fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Latihan dan Fasa Pertandingan. Kesemua atlit yang mewakili SKTSA menjalani latihan berpusat ini di padang SKTSA. Menurut jurulatih, kesemua atlet diberi pendedahan tentang undang-undang dan teknik permainan. Selain itu, beberapa orang guru turut terlibat menyelaras formasi kawat bendera. 

MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN BALAPAN&PADANG MSSD KLANG

KLANG 23 FEB-SKTSA telah mengadakan MEsyuarat Penyelarasan Kejohanan Balapan&Padang bertempat di Bilik Mesyuarat SKTSA. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk menyelaraskan segala keperluan teknikal bagi kejohanan yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi pengelola iaitu Haji Nor Azmi bin Rahmat meminta kerjasama semua pihak dalam menjayakan kejohanan tersebut. Mesyuarat itu juga dihadiri Timbalan PPD Klang iaitu En. Badrul Hisham bin Mokhtar dan Penyelia Kanan Sukan PPD Klang iaitu En. Yaakob bin Abd. Rahman. 

19 February 2012

Pelancaran Program Nilam dan Penyampaian Watikah Pengawas PSS 2012






KLANG 20 FEBRUARI- SK Taman Sri Andalas telah melaksanakan Pelancaran Program Nilam peringkat sekolah dan Majlis Penyampaian Watikah Pengawas PSS. Majlis disempurnakan dengan perasmian oleh Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat. Dalam ucapannya, beliau menyeru kepada semua murid agar menjadikan budaya membaca sebagai suatu amalan yang lazim. Kajian menunjukkan bahawa hanya 2 buah buku yang dibaca sepanjang tahun oleh setiap rakyat Malaysia, katanya lagi. Dalam temubual yang dibuat bersama Guru Penyelaras Media, Pn. Rafidah bt. Saharudin berkata, beliau akan cuba menjadikan PSS SKTSA sebagai sumber inspirasi kepada semua warga sekolah. Setiap murid harus mencontohi pencapaian yang telah dicapai sebelum ini. Dalam majlis itu juga, seramai 52 orang Pengawas PSS telah dilantik daripada kalangan murid tahun 4,5 dan 6. 

18 February 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011 & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17

Penyelaras Parlimen Kota Raja, Tn. RS Maniam tiba dan disambut oleh  Guru Besar, Tn Haji Nor Azmi bin Rahmat, YDP PIBG, En. Amran bin Othman, NYDP En. Rajan a/l Manikesavan dan AJK PIBG, En. SYed Kamarudin
Antara ibu bapa yang hadir


Barisan AJK PIBG 2011/2012 diketuai oleh Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat sebagai Penasihat dan En. Amran bin Othman sebagai YDP PIBG

18 Februari 2012 (Sabtu) - Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-17 telah selesai diadakan di Dewan Budiman SKTSA. Majlis yang bermula lebih kurang jam 8.30 pagi ini dirasmikan oleh Tn. R.S. Maniam (Penyelaras BN Parlimen Kota Raja) dan diakhiri dengan Mesyuarat Agung PIBG telah ditangguhkan pada jam 1.30 petang. Kehadiran ibu bapa nampaknya agak kurang sedikit berbanding tahun lepas. Namun, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan di samping menyuarakan pendapat masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua 43 orang bekas murid SKTSA yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2011. Semoga mereka dapat meneruskan kacemerlangan di peringkat menengah, seterusnya ke peringkat menara gading sebagaimana yang diharapkan oleh guru-guru dan ibu bapa khasnya.

16 February 2012

LAWATAN BTPN KE SKTSA



KLANG 15 FEB-Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas telah didatangi 7 orang hakim terdiri daripada pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Negeri Selangor. Kedatangan pegawai-pegawai itu adalah bagi menjadi hakim bagi Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Selangor. Para pegawai BTPN yang hadir disambut oleh warga sekolah dan AJK PIBG yang diketuai Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat pada jam 8.15 pagi. Turut hadir dalam pennghakiman tersebut ialah En. Amran bin Othman selaku YDP PIBG dan timbalannya iaitu En. Rajan a/l Manikesavan. Menurut Guru Peenyelaras Media SKTSA iaitu Pn Rafidah bt Saharuddin, pihak sekolah telah melakukan yang terbaik untuk memastikan agar SKTSA menjadi johan. Namun katanya, segalanya adalah di atas kerjasama semua guru dan warga SKTSA yang bertungkus-lumus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Setelah semua proses penghakiman selesai, semua hakim berpuas hati di atas pencapaian SKTSA. 

11 February 2012

Lawatan Guru Cemerlang Dan Pegawai PPD Klang

11 Februari 2012 (Sabtu) - SK Taman Sri Andalas telah didatangi oleh dua orang pegawai dari Unit Bahasa iaitu Pn. Marina dan Pn. Rohana serta seorang Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Pn. Rajeswari. Kedatangan mereka adalah untuk mengadakan perjumpaan dengan semua guru dan murid Tahun 6 di samping membantu dalam menjalankan P&P yang berkesan.

Tn. Hj. Nor Azmi mempengerusikan sesi taklimat bersama murid-murid Tahun 6 yang turut dihadiri oleh GPK Kurikulum yang baru iaitu Pn. Che Norlia bt. Ismail




















Pn. Marina sedang memberikan kata-kata semangat kepada murid-murid Tahun 6.
Barisan guru-guru Tahun 6.

Murid-murid Tahun 6 yang hadir.

09 February 2012

Program Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam dan memperingati peristiwa yang berlaku pada hari tersebut serta menjadikannya sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian. SKTSA menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi membolehkan semua murid sentiasa memperingati kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Ustaz Kamaruddin menjadi pengerusi majlis
Semua guru lelaki naik ke atas pentas untuk berselawat.Ustaz Mohd Nor Syawal menjadi pembimbing selawat.


Penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhamad Azizi bin Yaakob sedang memberikan ceramah.

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog