Blogger Widgets

ADS

06 July 2012

Pelancaran Bulan Membaca dan Program 3S

KLANG, 2 Julai - SKTSA meneruskan misinya dalam melahirkan modal insan berkualiti melalui program Julai Bulan Membaca dan Kempen 3S yang dilancarkan dan dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat di Dewan Mesra Hari ini. Penyelaras program Julai Bulan Membaca iaitu Pn. Rafidah bt. Saharudin dipetik berkata, program ini berupaya meningkatkan kualiti dan kuantiti murid dari segi minat membaca. Beliau yang juga merupakan Guru Sumber di SKTSA berjanji akan sentiasa mengadakan program seperti ini supaya misi dan visi SKTSA sentiasa berada di landasannya. Bagi penyelaras program 3S iaitu En. Mohd. Hafizin bin Yusoff pula, kedua-dua program ini merupakan kesinambungan usaha pihak sekolah dalam melahirkan produk yang berkualiti bukan sahaja dari segi ilmiah bahkan sahsiah. Program 3S menekankan 3 aspek utama iaitu senyum,sapa dan salam merupakan program yang dilancarkan di seluruh negara. Dalam ucapannya, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat amat berharap agar semua warga SKTSA menggembleng tenaga bagi memastikan kecemerlangan dapat dicapai dan berterusan. Beliau juga meminta murid SKTSA supaya tidak leka dan meneruskan perjuangan sebagai wadah utama dalam merealisasikan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


-UTPSKTSA
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog