Blogger Widgets

ADS

10 July 2012

Sukan Tahunan 2012

KLANG, 9 Julai-Kejohanan Sukan Tahunan SKTSA kali ke-17 disifatkan paling meriah dengan penyertaan kira-kira 400 atlit dan kontinjen rumah sukan. Kejohanan itu yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi bermula dengan perbarisan hormat kontinjen rumah sukan dan bacaan ikrar kejohanan. Lebih menarik lagi, setiap kontinjen rumah sukan diserikan dengan maskot. Guru Besar, Tn. Hj. Nor Azmi bin Rahmat kemudiannya merasmikan kejohanan. Bagi guru rumah biru, Kamaruddin bin Mamat dipetik berkata, kejohanan kali ini menampilkan keunikannya yang tersendiri disamping kemeriahan yang begitu ketara. Dalam kejohanan ini, Rumah Kuning merupakan juara buat julung kalinya dengan memungut mata keseluruhan sebanyak 657 mata manakala Rumah Biru menjadi naib johan keseluruhan. Acara diserikan lagi dengan acara untuk ibu bapa. Bagi hiasan rumah sukan terbaik pula jatuh ke tangan Rumah Hijau. Tinjauan juga mendapati kebanyakan ibu bapa yang hadir begitu teruja apabila melihat anak-anak mereka menyertai acara. Acara secara rasminya tamat pada jam 2.00 petang.

-UTPSKTSA

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog