Blogger Widgets

ADS

22 April 2012

Klang Juara Buat Kali Ke-3 Berturut-turut...Go Klang Go!

Pegawai PPD Klang, Pn. Hjh. Kamariah menerima piala kejuaraan untuk kali ke-3 berturut-turut.

Kontinjen Klang bergambar kenang-kenangan sebelum bertolak pulang.

19 April 2012

Program Perkhemahan Unit Beruniform

PANGKOR 14 April - SKTSA telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila seramai 40 orang terdiri murid Tahun 6 telah mengikuti program Perkhemahan Perdana di sini. Kumpulan itu yang mengikuti program pendidikan luar buat julung kalinya telah bertolak dari SKTSA jam 8.30 pagi dan tiba jam 11.00 pagi pada hari Jumaat. Pengerusi perkhemahan, Sulaiman Ismail dipetik sebagai berkata bahawa program ini diadakan di luar kawasan kerana murid-murid akan diberi pendedahan dengan pelbagai aktiviti menarik. Beliau yang juga merupakan Penolong Kanan Kokurikulum SKTSA juga memberitahu, sijil yang akan diberikan kepada murid ialah sijil peringkat kebangsaan. Program itu juga disertai oleh 2 buah sekolah lain iaitu SK Kg. Idaman juga dari Klang dan sebuah sekolah dari Perak. Guru Besar SKTSA, Hj. Nor Azmi Rahmat juga telah memberikan semangat dengan hadir di program tersebut. Penyelaras program, Arul Venthan a/l Hari Raman memberitahu, semua murid telah berjaya mencapai objektif program.Ujarnya lagi, semua pihak digesa untuk memberikan sokongan dan dorongan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang
UTPSKTSA

11 April 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang 2012

KLANG 3 APRIL- STSA akan memulakan kempen merebut kejuaraan sukan MSSD Klang seawal hujung tahun ini setelah tersingkir dari kejuaraan MSSD Klang. Pengurus Pasukan, Kamarul Azmie  A Rashid mengakui bahawa pasukannya telah beraksi cemerlang dalam saingan kejuaraan peringkat kumpulan namun tersingkir pada pusingan kedua kepada SK Kapar dengan penentuan sepakan penalti setelah tamat waktu tambahan. Dalam saingan kumpulan, SKTSA telah berjaya mengatasi pasukan SK Telok Pulai dengan kemenangan 2-0. Gol pertama dijaringkan oleh Wan Shahrul setelah hantaran yang dibuat pemain tengah, Mohd Faris berjaya dimanfaatkan oleh Shahrul. Gol kedua pula dijaringkan oleh penyerang SKTSA. Mohd Fadhli setelah membuat percubaan dan berjaya merobek gol pasukan lawan. Sebelum itu, SKTSA tewas tipis kepada pasukan tuan rumah, SK Bukit Naga dengan kekalahan 1-0. Gol yang dijaringkan pada separuh masa kedua itu berpunca kesilapan penjaga gol yang sedikit terkeluar dari kawasan gol dan dengan mudah dimanfaatkan oleh pemain lawan. Jurulatih pasukan, Ibrahim Abdul Rahman menyifatkan kekalahan pasukannya dalam saingan kali ini merupakan cabaran kepada semua pemain. Namun begitu, beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pasukannya sepanjang saingan berlangsung..

UTPSKTSA

Kursus LADAP ke 2

KLANG 26 MAC - Seramai 100 guru dan 8 orang staf SKTSA telah berjaya menamatkan kusus LADAP ke 2 yang berlangsung di Dewan Budiman. Kursus tersebut dianjurkan oleh Unit Bmbingan dan Kaunseling. Kursus tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kursus Abacus dan YAPEIM. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi itu berakhir jam 12.30 tengah hari. 

MENARIK

PELAWAT

Search This Blog