Blogger Widgets

ADS

26 April 2013

Kursus KARISMA Badan Pengawas 2013

Kursus satu hari ini diadakan bertujuan meningkatkan kualiti pengurusan disiplin di kalangan pengawas sekolah.Menariknya kursus ini turut dihadiri oleh Pegawai dari PPD Klang iaitu Tn. Haji Azhar. Guru besar SKTSA iaitu Tn. Haji Nor Azmi bin Rahmat juga turut hadir memberikan sokongan dan semangat kepada peserta kursus.

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 April 2013

10 Cara Menjadi Anak Soleh


Bukan senang nak mendidik anak-anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. “Bukan senang” yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibu bapa,guru, orang tua, jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibu bapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10. Ikhlas, iaitu melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Usaha yang berterusan adalah perlu untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selain daripada berusaha menjadi anak yang soleh & solehah, doa juga perlu sentiasa dipanjatkan kepadaNya agar segala usaha yang telah kita lakukan tadi mendapat redha daripada Allah S.W.T. Mungkin sebagai panduan untuk menangani anak, boleh dapatkan ebook (klik banner) spt di bawah.

Hiperaktif


Anak adalah permata hati kita, kurniaan, anugerah dan amanah Allah kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.

Namun begitu, bagaimanakah jika kita dikurniakan anak bermasalah? Kolum Permata Hati minggu ini membawa ibu bapa menyelami perilaku tidak normal anak iaitu cara mengenalpasti dan menangani anak hiperaktif.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hiperaktif bermaksud masalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat. Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak.

Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanak-kanak hiperaktif.

Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif. 
Berkelakuan terlalu aktif

Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan

Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya.

Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.

Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan
tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak
prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan
kanak-kanak lebih muda.

Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.

Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.

Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.

Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.

Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian.

Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda. 

Antara sikap kanak-kanak hiperaktif

  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
  • Menangani Gejala Ponteng


    Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.
    Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
    Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian.

    Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah KlangPolis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
    Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.
    Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.
    Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.
    Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.
    Sumber:wikipedia


    11 April 2013

    Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang 2013

    Barisan pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw sekolah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti permainan apabila hampir layak ke peringkat suku akhir. Kemampuan pemain ini adalah satu lonjakan prestasi pasukan sekolah. Admin dan warga SKTSA bangga dengan pencapaian anda. Walaupun tewas di pusingan ketiga namun semangat yang ditunjukkan amatlah membanggakan. Tahniah diucapkan.

    Published with Blogger-droid v2.0.10

    07 April 2013

    Pertandingan Inovasi Konvensyen Doktor Muda

    Tahniah kerana SKTSA mengungguli tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan tersebut.Terima kasih kepada semua guru dan sekalung tahniah diucapkan kepada murid terlibat.Teruskan kecemerlangan anda.

    Published with Blogger-droid v2.0.10

    04 April 2013

    Cara Menjadi Pelajar Berjaya


    Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
    1. Memiliki Sikap Rajin
                Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
    1. Displin Diri
                Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mestimenepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masalapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
    1. Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
                Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
    1. Aktif Dalam Kokurikulum
                Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti  kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
    1. Menjaga Kesihatan Diri
                Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

    Peranan Ibu Bapa Kepada Anak-anak

    Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.

            Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.       

          Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.       

          “Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.       

          Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. 

          Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.       

          Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.       

          Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.

    MENARIK

    PELAWAT

    Search This Blog